Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Perkhidmatan

Penggerudian Telaga Tiub

Penggerudian telaga tiub untuk kegunaan domestik, pertanian, komersial dan perindustrian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Penggerudian telaga tiub ialah kerja membina lubang telaga menembusi lapisan tanah dan batuan sehingga sampai ke akuifer — lapisan bawah tanah yang menyimpan dan mengalirkan air. Selepas lubang siap digerudi, casing dan screen dipasang, gravel pack diisi, dan telaga dibangunkan (well development) sehingga air keluar jernih dan stabil.

Tanjung Venture menggerudi telaga tiub untuk rumah kediaman, ladang kelapa sawit dan getah, ternakan, kilang, resort serta projek pembangunan. Setiap telaga direka mengikut profil geologi tapak, bukan mengikut satu formula tetap — kerana batuan granit di Negeri Sembilan berbeza dengan endapan aluvium di kawasan pantai.

Bila anda memerlukan telaga tiub

  • Bekalan air paip tidak mencukupi atau kerap terputus
  • Kos air terawat terlalu tinggi untuk operasi kilang atau ladang
  • Tapak berada di luar liputan rangkaian bekalan air
  • Memerlukan sumber air sandaran (backup) semasa gangguan bekalan
  • Keperluan air proses, penyejukan, pembersihan atau pengairan berterusan

Skop kerja penggerudian kami

  • Tinjauan tapak dan semakan maklumat geologi kawasan
  • Penggerudian tanah dan batuan menggunakan kaedah rotary dan DTH hammer
  • Pemasangan casing uPVC atau keluli mengikut kedalaman dan beban
  • Pemilihan saiz slot screen dan gravel pack mengikut saiz butiran akuifer
  • Grouting dan penutupan (sanitary seal) untuk menghalang pencemaran permukaan
  • Well development sehingga air jernih dan bebas sedimen halus
  • Pemasangan wellhead, pam benam dan kerja paip penyambungan

Jenis telaga yang kami bina

  • Telaga tiub pengeluaran (production tube well) untuk bekalan harian
  • Telaga pemantauan (monitoring well) untuk pemantauan paras dan kualiti air
  • Telaga ujian (test well / exploratory well) untuk kajian akuifer
  • Telaga gantian bagi menggantikan telaga lama yang gagal

Proses kerja kami

  1. Langkah 01

    Tinjauan tapak & kajian geologi

    Kami menilai lokasi, akses jentera, jarak dari tangki septik dan rekod telaga berhampiran untuk menentukan titik gerudi terbaik dan anggaran kedalaman akuifer.

  2. Langkah 02

    Permit & sebut harga

    Dokumen teknikal disediakan dan permohonan permit diuruskan, serentak dengan sebut harga terperinci mengikut kedalaman dan diameter telaga.

  3. Langkah 03

    Penggerudian & pembinaan telaga

    Lubang digerudi mengikut reka bentuk, sampel batuan direkod untuk borelog, casing dan screen dipasang, gravel pack diisi dan telaga digrout.

  4. Langkah 04

    Development, ujian & serahan

    Telaga dibangunkan sehingga jernih, pumping test dijalankan, pam dipasang dan laporan lengkap diserahkan bersama borelog.

Faktor yang mempengaruhi kos & skop

  • Kedalaman akuifer dan jenis formasi batuan di tapak
  • Diameter telaga serta bahan casing dan screen yang dipilih
  • Keperluan kadar aliran (m³/jam) dan saiz pam
  • Akses jentera ke tapak dan keperluan platform kerja
  • Skop tambahan seperti rawatan air, kerja paip atau bekalan kuasa

Soalan lazim

Berapa lama masa diperlukan untuk menggerudi satu telaga tiub?

Telaga domestik atau pertanian biasa mengambil masa beberapa hari. Telaga perindustrian yang lebih dalam berserta pumping test dan laporan penuh biasanya mengambil masa satu hingga tiga minggu bergantung kepada keadaan tapak dan kelulusan permit.

Bagaimana anda menentukan lokasi gerudi?

Kami menilai rekod telaga berhampiran, peta geologi kawasan, topografi tapak dan jarak dari sumber pencemaran. Bagi tapak besar atau kritikal, kajian geofizik atau telaga ujian boleh dijalankan dahulu.

Adakah telaga tiub boleh kering?

Telaga yang direka dengan betul pada akuifer yang sesuai jarang kering. Hasil yang menurun selalunya berpunca daripada screen tersumbat atau pam bermasalah — dua-dua boleh dipulihkan melalui kerja penyelenggaraan telaga.

Lihat semua soalan lazim

Perkhidmatan berkaitan

Permit & Lesen Telaga Tiub

Urusan permit menggerudi dan lesen pengambilan air bawah tanah diuruskan sepenuhnya sehingga diluluskan.