Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Kajian Kes

Medan Telaga Tok Jaffar, Kota Bharu — JPS

Kerja telaga kajian bagi medan telaga Tok Jaffar untuk agensi kerajaan — meliputi penggerudian telaga kajian, ujian pengepaman dan penyerahan laporan teknikal bagi menilai keupayaan akuifer kawasan.

Pelanggan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Lokasi
Tok Jaffar, Kota Bharu, Kelantan
Peranan kami
Telaga kajian & ujian pengepaman
Kategori
Projek sektor kerajaan

Latar belakang projek

Medan telaga di kawasan Kota Bharu terletak pada endapan aluvium yang berpotensi tinggi tetapi memerlukan data ujian yang teliti untuk menentukan kadar pengeluaran mampan. JPS memerlukan asas data yang kukuh sebelum keputusan pengurusan sumber air dibuat.

Cabaran di tapak

  • Keperluan pematuhan prosedur perolehan dan pelaporan agensi kerajaan
  • Ujian pengepaman berjadual panjang dengan bacaan berterusan
  • Formasi aluvium yang memerlukan pemilihan screen dan gravel pack yang tepat

Skop kerja kami

  • Penggerudian telaga kajian dengan pengumpulan sampel formasi
  • Step-drawdown, constant rate dan recovery test
  • Pensampelan dan analisis kualiti air
  • Laporan teknikal penuh berserta analisis akuifer

Hasil

  • Parameter akuifer dan kadar hasil selamat direkodkan
  • Laporan teknikal diterima untuk penilaian keupayaan medan telaga
  • Data asas tersedia untuk perancangan telaga pengeluaran