Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Kajian Kes

Projek RAPID — PETRONAS Pengerang Integrated Complex

Kerja pemodelan air bawah tanah dan telaga bagi salah satu kompleks petrokimia terbesar di Asia Tenggara — projek yang menuntut ketepatan data akuifer dan disiplin keselamatan tapak minyak dan gas.

Pelanggan
Kompleks Bersepadu RAPID, PETRONAS
Lokasi
Pengerang, Johor
Peranan kami
Groundwater modeling & kerja telaga
Kategori
Projek berskala nasional

Latar belakang projek

Kompleks bersepadu RAPID di Pengerang merupakan projek petrokimia berskala nasional dengan keperluan data air bawah tanah yang ketat. Setiap data akuifer digunakan untuk keputusan reka bentuk dan pemantauan alam sekitar, jadi kualiti pengumpulan data di lapangan tidak boleh dikompromi.

Cabaran di tapak

  • Prosedur keselamatan tapak minyak dan gas yang ketat untuk setiap aktiviti penggerudian
  • Keperluan ketepatan data akuifer untuk tujuan pemodelan
  • Koordinasi dengan pihak perunding dan kontraktor utama di tapak aktif
  • Rekod dokumentasi yang boleh diaudit sepenuhnya

Skop kerja kami

  • Kerja penggerudian dan pembinaan telaga mengikut spesifikasi perunding
  • Pengumpulan sampel formasi dan penyediaan borelog terperinci
  • Pengukuran paras air dan data lapangan untuk pemodelan air bawah tanah
  • Dokumentasi teknikal lengkap untuk semakan pihak projek

Hasil

  • Data lapangan diserahkan mengikut format dan jadual yang ditetapkan
  • Kerja disiapkan tanpa insiden keselamatan di tapak
  • Rekod teknikal boleh diaudit untuk rujukan projek