Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Kajian Kes

Sistem Rawatan Air RnR Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Pembekalan dan pemasangan sistem rawatan air bagi kawasan Rehat dan Rawat lebuhraya — memastikan bekalan air terawat yang stabil untuk kemudahan awam dengan trafik pengguna yang tinggi.

Pelanggan
Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway)
Lokasi
Kawasan RnR, Lebuhraya Pantai Barat
Peranan kami
Reka bentuk & pemasangan sistem rawatan air
Kategori
Projek infrastruktur

Latar belakang projek

Kawasan RnR lebuhraya menerima ribuan pengguna setiap hari dengan permintaan air yang tinggi dan tidak menentu. Kemudahan awam seperti tandas, surau dan gerai memerlukan bekalan yang tidak boleh terganggu, jadi sistem perlu direka untuk permintaan puncak dan penyelenggaraan mudah.

Cabaran di tapak

  • Permintaan air puncak yang tinggi dan tidak seragam
  • Keperluan kualiti air yang konsisten untuk kegunaan awam
  • Kerja pemasangan tanpa mengganggu operasi kemudahan
  • Sistem yang mudah diselenggara oleh pasukan operasi tapak

Skop kerja kami

  • Reka bentuk sistem rawatan berdasarkan analisis kualiti air mentah
  • Pembekalan dan pemasangan penapis, tangki dan sistem pam
  • Kerja perpaipan dan panel kawalan automatik
  • Pengujian sistem dan penyerahan manual operasi

Hasil

  • Bekalan air terawat yang stabil untuk kemudahan awam
  • Sistem backwash automatik yang mengurangkan kerja manual
  • Pelan penyelenggaraan berkala diserahkan kepada pihak operasi