Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Monitoring Well

Monitoring Well: Bila Tapak Anda Memerlukannya

Apa itu telaga pemantauan, bagaimana ia dibina, berapa banyak diperlukan untuk satu tapak, dan keperluan pelaporan berkala.

7 minit bacaan

Fungsi monitoring well

Monitoring well ialah telaga berdiameter kecil yang dibina untuk memantau, bukan untuk mengeluarkan air. Ia memberi tiga jenis maklumat: paras air bawah tanah, arah aliran air bawah tanah apabila beberapa telaga dibaca bersama, dan kualiti air melalui pensampelan berkala.

Perbezaan dengan telaga tiub

  • Diameter jauh lebih kecil (biasanya 50–100 mm berbanding 150 mm ke atas)
  • Screen ditempatkan hanya pada zon akuifer sasaran, bukan sepanjang telaga
  • Tiada pam pengeluaran tetap dipasang
  • Dilengkapi bentonite seal untuk mengelakkan pencemaran silang antara lapisan
  • Direka untuk ketepatan data, bukan kuantiti air

Bila tapak anda memerlukan monitoring well

  • Syarat kelulusan projek atau laporan EIA menetapkan pemantauan air bawah tanah
  • Tapak industri, tapak pelupusan, kuari atau depoh bahan kimia
  • Kawasan pengambilan air besar yang perlu memantau kesan pengepaman
  • Siasatan dan pemantauan pemulihan tapak tercemar
  • Kajian hidrogeologi dan pemodelan air bawah tanah

Berapa banyak telaga diperlukan?

Konfigurasi minimum yang lazim ialah tiga telaga — satu di hulu aliran air bawah tanah sebagai rujukan latar, dan dua di hilir untuk mengesan perubahan yang berpunca daripada tapak. Tapak yang lebih besar atau mempunyai beberapa zon akuifer memerlukan rangkaian yang lebih luas, kadangkala dengan telaga bersarang (nested wells) pada kedalaman berbeza.

Pemantauan dan pelaporan

Selepas telaga siap dan bacaan asas (baseline) direkod, pemantauan berkala biasanya melibatkan pengukuran paras air dan pensampelan air untuk analisis makmal terakreditasi. Kekerapan bergantung kepada syarat kelulusan — bulanan, setiap kuarter atau setengah tahun — dan laporan perlu menunjukkan perbandingan terhadap data asas, bukan sekadar senarai keputusan.

Perlukan nasihat untuk tapak anda?

Setiap tapak berbeza dari segi geologi dan keperluan air. WhatsApp kami lokasi serta tujuan penggunaan air anda untuk cadangan skop dan sebut harga.

WhatsApp +60 14-653 5365